Salam......
Post kali ni nak citer tentang teater pertama lakonan aku.. HAHA
Yeahhhh!!! PENGGANTI ZEN... diadaptasi dari teater Jepun
Tema: KOMEDI MUZIKAL <dijamin x memboringkan kerana diselitkan dgn lagu2 yg mencuit hati>
Teater ni mengisahkan tentang kisah seorang isteri (PUAN TAMANOI) iaitu aku, yang mempunyai sikap terlalu obses menyayangi suaminya.sikapnya yg terlalu menyayangi suaminya itu melampaui batas sehingga mendatangkan kerimasan dalam diri suaminya.. apa sahaja perkara yang hendak dibuat oleh suaminya, (TUAN UKYO) iaitu azwan azhari, perlu mendapat kebenaran & persetujuan isterinya..
Namun, dalam diam sebenarnya, suaminya mempunyai ppuan simpanan (HANAKO) iaitu lakonan amirah hani,wanita yang seakan-akan GEISHA tuuu.. hee,, jadi, untuk berjumpa dgn Hanako, Ukyo terpaksa membuat tipu helah kepada isterinya dengan mengatakan dia terpaksa menyucikan diri setelah bermimpi ngeri beberapa malam berturut-turut dengan cara bermeditasi Zen ( bertapa ).
Malangnya Tamanoi enggan memberi izin mengenai hal itu, namun setelah mendengar rayuan & pujuk rayu suami dan juga dua orang dayangnya ( CHIEDA & SAEDA) lakonan zalika & nabila..akhirnya, Tamanoi, terpaksa bersetuju, dgn syarat suaminya bertapa di kuil keluarga berdekatan taman hanya untuk satu malam. Ukyo berasa begitu gembira namun dia menghadapi satu masalah, bagaimana dia hendak melepaskan diri, sedangkan dia perlu bermeditasi berdekatan dgn rumahnyaa.. apatah lagi jika isterinya datang secara mengejut??? Jadi.........
Dia menyuruh pembantunya (TARO) lakonan ahmad afif untuk menggantikannya bermeditasi.. pada mulanya Taro enggan kerana bimbang disebabkan puannya, Tamanoi adalah seorg yg panas baran. Namun dia terpaksa akur, kerana Ukyo mengugut untuk memancungnya jika dia enggan..Ukyo mengarahkannya untuk memakai jubah untuk mengelakkan rancangannya ter"kantoi" kerana bimbang isterinya datang secara mengejut sewaktu dia bermeditasi Zen dan menyedari yang bermeditasi Zen itu adalah Taro, bukan Ukyo.. setelah berjaya menakutkan Taro dgn ugutannya, akhirnya, Ukyo dpt juga berjumpa dgn Hanako.
Malam itu, seperti apa yg dijangkakan pleh Ukyo, Tamanoi dtg bersama dayang-dayangnya dgn membawakan minuman untuk "UKYO".. Tamanoi sgt sedih melihat suaminya keseorangan, dalam kesejukan,, namun, "SI UKYO" enggan membuka jubahnya dan minum teh yg dibawa oleh isterinya..beberapa kali dipujuk, “SI UKYO” masih juga enggan membuka jubahnya.. jadi, Tamanoi mengesyaki sesuatu , ada yg tidak kena dgn meditasi "SI UKYO" itu... jadi, dia memanggil dua dayangya untuk membantunya membuka jubah "SI UKYO"..
TERJADILAH SESUATU YANG TAK DISANGKAAAAAAAAAAAA.... dan ………………………………
Nak tahu apa yg terjadi seterusnya???haaaaa!!! rentetan cerita ini amat menarik....x rugi kalau tgok!
Jadi……….,,,,,,,
Tontonilah preview PENGGANTI ZEN pd 15feb11, di dataran phoenix, kolej 13 & FESTIK pd 17feb11 di AUDITORIUM FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM pd pkul 3.30ptg..
Sokongan anda untuk KOLEJ 13, UPM amatlah dihargai , terima kaseh :)

1 comment:
weeeeeet weeeeeeeet :DD
Post a Comment