Tuesday, February 22, 2011

cap cap cap, cap aji-no-moto !


tumix tumix aroma, tumix tumix lazat, masaklah sendiri lazat x terperi! haha.. gile semangat intro post kali ni.. hee


ok,kali ni, trip aku & kuliah 2 adalah ke kilang terbesar @ main centre ajinomoto ni di proses iaitu di jalan kuchai lama, memang LAMAAAA gila nak smpai dr upm ni.. Hee~ xsempat panas bntot aku duduk, tup2 da smpai je upm balik semula..


ok.. nak cite sket pasal ajinomoto ni.. best gile layanan mereka.. top la! mmg terbaikkk.. bagi MAKAN tu la scene pling best. memang sedap.. MSG ni bukan bahaya pun, mitos2 & anasir2 yg jahat yg berniat tuk menjatuhkan syarikat ni je yg war-war kan begituuu.. biaselah, entrepreneur, perlu bersaing kan? kan?


kami diberi penerangan dlm masa 1/2 jam rasanya, smbil menikmati sup cendawan VONO.. auwww,, KENYANGGGGG siotttt.. rase mcm xpyah mkn smpai mlm..haha, tpi sebenarnya, tu intro jer, wat panas2kan tekak. tpi ok gak laa, pgi lgipun, xkan nak mkn mknan berat lak kan.. ckuplah sup yg penuh dgn khasiat tuuu...lepas tu, kami dibawa untuk melawat sekitar kilang.. tapi before tuuuuuuuu,,,, jeng! jeng! jeng!






haha... pakai dulu helmet! HAHAHA.. nmpak mcm kontraktor kan?


ini semua dilakukan atas sbb keselamatan, kang ade plak yg tertimbus gn ajinomoto, hee~~ kami dpat la melawat beberapa bahagian production, warehouse, tpi kami dilarang sama sekali tu snap pic, so~ kami yg berdisiplin lagi berdedikasi ni, mengikut saja arahan yg dberikan.. selpas tamat pengembaraan kami di ajinomoto ni, kami pulang semula ke dewan taklimat.


haaa, abes je berjalan-jalan & mengorat pekerja2 kontrak di sana, kami laparrrr.. HAHA, jdi kami paksa pengarah komunikasi korporat tu, bgi kami mkn, HAHAHA.. dye kate, lom bleh lagi! "sy nak awk percaya yg ajinomoto ni HEBATTT" HAHAHA... heh, xdela cmtuu... untuk membuktikan ajinomoto ni is the best, encik tu pggil la 5ketol budak ni ATIQAH SABAR, NORAKMAL, AZMINA, AMIRUL SYAFIQ dan PRAKAASH,, nak thu x macam mna mereka2 ni leh terpilih tuk sesi demonstrasi ni? ianya disebabkan wajah mereka terlalu SUGUL dek kelaparan.. org2 cm aku ni, lapar ke, kenyang ke, senyummmm je..haha


tipu je... ni mereka dipanggil secara random la.. memang positif feedback la yg didapati, memang rasa die lain bila dibubuh MSG, katanya UMAMI ( sense ke5). selepas itu, ade plak sesi pertandingan memasak.. wanita mempertaruhkan ZATY ZAKARIA, manakala lelaki memperdagangkan ADIB AIMAN,,yg kelakanya, waktu adib memindahkan ketulan ayam blackpepper ke dlm pinggan, ade dlm 2-3 ketul jatuh ke tray, ade ke patut dye pungut semula, masukkan dlm pinggan? PENGOTOR PNYE BUDAK! sepatah kata izzah, TAK SENONOH! haha..

tahniah la pda mereka kerana berani tampil ke hadapan setelah dipilih secara random gak..akhir sekali,,hahaha..< aik belom ckp da ketawa dulu,> hadiah untuk mereka hanyaaaalahhh APRON & TOPI SAMPAN :) haha, ok la tuu drpd xde,, tpi memang btol la, SIMPLE, SEDAP & MENYELERAKAN.. ok, selepas tu, kami pun dpat la menjamu selera, free for lunch.. terima kaseh la AJI-NO-MOTO..





inilah dia chef2 kitaaa... mmg hebat!

ok, selepas tu, kami pun dpat la menjamu selera, free for lunch.. terima kaseh la AJI-NO-MOTO sebab memberi layanan terbaik buat kami..last but not least, nak masukkan gmba ni! hahahaha... CAKKKKKKK!!



SATU




DUA


Tuesday, February 15, 2011

PENGGANTI ZEN :)


Salam......

Post kali ni nak citer tentang teater pertama lakonan aku.. HAHA


Yeahhhh!!! PENGGANTI ZEN... diadaptasi dari teater Jepun

Tema: KOMEDI MUZIKAL <dijamin x memboringkan kerana diselitkan dgn lagu2 yg mencuit hati>

Teater ni mengisahkan tentang kisah seorang isteri (PUAN TAMANOI) iaitu aku, yang mempunyai sikap terlalu obses menyayangi suaminya.sikapnya yg terlalu menyayangi suaminya itu melampaui batas sehingga mendatangkan kerimasan dalam diri suaminya.. apa sahaja perkara yang hendak dibuat oleh suaminya, (TUAN UKYO) iaitu azwan azhari, perlu mendapat kebenaran & persetujuan isterinya..


Namun, dalam diam sebenarnya, suaminya mempunyai ppuan simpanan (HANAKO) iaitu lakonan amirah hani,wanita yang seakan-akan GEISHA tuuu.. hee,, jadi, untuk berjumpa dgn Hanako, Ukyo terpaksa membuat tipu helah kepada isterinya dengan mengatakan dia terpaksa menyucikan diri setelah bermimpi ngeri beberapa malam berturut-turut dengan cara bermeditasi Zen ( bertapa ).


Malangnya Tamanoi enggan memberi izin mengenai hal itu, namun setelah mendengar rayuan & pujuk rayu suami dan juga dua orang dayangnya ( CHIEDA & SAEDA) lakonan zalika & nabila..akhirnya, Tamanoi, terpaksa bersetuju, dgn syarat suaminya bertapa di kuil keluarga berdekatan taman hanya untuk satu malam. Ukyo berasa begitu gembira namun dia menghadapi satu masalah, bagaimana dia hendak melepaskan diri, sedangkan dia perlu bermeditasi berdekatan dgn rumahnyaa.. apatah lagi jika isterinya datang secara mengejut??? Jadi.........


Dia menyuruh pembantunya (TARO) lakonan ahmad afif untuk menggantikannya bermeditasi.. pada mulanya Taro enggan kerana bimbang disebabkan puannya, Tamanoi adalah seorg yg panas baran. Namun dia terpaksa akur, kerana Ukyo mengugut untuk memancungnya jika dia enggan..Ukyo mengarahkannya untuk memakai jubah untuk mengelakkan rancangannya ter"kantoi" kerana bimbang isterinya datang secara mengejut sewaktu dia bermeditasi Zen dan menyedari yang bermeditasi Zen itu adalah Taro, bukan Ukyo.. setelah berjaya menakutkan Taro dgn ugutannya, akhirnya, Ukyo dpt juga berjumpa dgn Hanako.


Malam itu, seperti apa yg dijangkakan pleh Ukyo, Tamanoi dtg bersama dayang-dayangnya dgn membawakan minuman untuk "UKYO".. Tamanoi sgt sedih melihat suaminya keseorangan, dalam kesejukan,, namun, "SI UKYO" enggan membuka jubahnya dan minum teh yg dibawa oleh isterinya..beberapa kali dipujuk, “SI UKYO” masih juga enggan membuka jubahnya.. jadi, Tamanoi mengesyaki sesuatu , ada yg tidak kena dgn meditasi "SI UKYO" itu... jadi, dia memanggil dua dayangya untuk membantunya membuka jubah "SI UKYO"..


TERJADILAH SESUATU YANG TAK DISANGKAAAAAAAAAAAA.... dan ………………………………

Nak tahu apa yg terjadi seterusnya???haaaaa!!! rentetan cerita ini amat menarik....x rugi kalau tgok!

Jadi……….,,,,,,,


Tontonilah preview PENGGANTI ZEN pd 15feb11, di dataran phoenix, kolej 13 & FESTIK pd 17feb11 di AUDITORIUM FAKULTI KEJURUTERAAN, UPM pd pkul 3.30ptg..


Sokongan anda untuk KOLEJ 13, UPM amatlah dihargai , terima kaseh :)